Monday, December 3, 2012

Shooting GENGGAM

Filem GENGGAM





Arini last day shoot GENGGAM, harap ada harapan untuk next job, tq so much To mr Director Mr Khairi n Platinum Walk Produxtion kerana memberi peluang dan ruang untuk saya terus berkarya dan menagungkan seni bela diri Melayu.

Sunday, November 18, 2012

Hari yang paling lesu dan lemah + sedikit Gumbira

Arini dapat tahu kena demam campak, patut la da 3 hari aku lesu x bermaya, kepala pening, berpusing2, arini sdikit miang badan ku, tadi pegi cari aer kelapa, rasa lega n kurang sedikit sakit, xpela, sakit tu penghapus dosa, ermm tetibe dapat mssg dari Director n scriptwritter filem GENGGAM , dapat offer untuk joint filem, rase syok pn ada rase x best pn ada, xpela, arap sume slamat, harap semua selesa atas kehadiran aku di set GENGGAM

04.11.2012

Shooting Filem LAGA


Friday, October 19, 2012

October 18

 Isteri kepada Zambri Osman kembali ke Rahmatullah

Jam 1045 malam, Dapat panggilan dari Eman Manan menyatakan isteri kepada Zambri Osman telah meninggal dunia setelah beberapa hari terlantar di hospital di sebabkan kanser, aku dapat text mssg dr Anaknya Abg Heri (Khyree Zambri) juga, tapi tak perasan kerana pada ketika itu aku tengah training untuk Filem LAGA bersama Cikgu Khairi n Abg Yank Kassim, Aku menunggu dari pukul 3 pagi untuk bertanya kan  sape yang nak pergi ziarah, tapi sorang pn xde, aku nak pg sangat, tp keseorangan, mana perihatin org atasan bila bab kematian?aku kecewa jgk, Baba Zambri boleh ke set pergambaran bila mana ketika isterinya sedang sakit, erm..entahla, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al - Fatihah.

Tuesday, October 16, 2012

Seperti Kebiasaan

Tadi Eman Manan ada call tanya khabar Isteri Baba Zambri, keadaan dah kritikal, harap semuanya selamat, Macam biasa, seperti malam malam yg lepas, aku mmg selalu tido lewat, sentiasa search job di internet untuk upcoming job, yela, aku ni bukan org kenal sagat, kena la usaha lebih skit,k, la, apa apa pun aku berserah kepada yang maha esa, moga dipermudahkan rezeki untuk aku di hari mendatang, ameeennn ('',) 

October 15 2012

Persiapan Untuk Filem LAGA


Jumpa Cikgu Khairi Abd Rahman arini, dia ni pn salah sorang yg aku ingin jumpa dari dulu, n mlm ni bersua muka, bestt!!! untuk confirmation as a team untuk Filem LAGA, pergi training dengan Yank Kassim n brothers Chaoi Power,Training Kick, Punch , n kali ni dah kena sekali di dada aku n di dada Chaoi , kena tumbuk dek cikgu Khairi , hehe x pela, adat belajar n menuntut memang mcm tu, Sempat sparring dengan Chaoi 3 petak atas arahan Cikgu Khairi,  semoga berjalan lancar, harap ada lebih luck untuk job ini, Teraju Utama EMAN MANAN, WAN HANAFI SU.

*balik umah je terus pengsan ZzZzZzZzZzZzZzZ~

October 08


Its a Wrap foe BALUN





 
Me Izara Aishah
Me Eizlan Yusoff

Me Jasmine Ashraff
Me Beto Khusyairy






The best team at BALUN, BALUN banyak memberi pengalaman terhadap karier yang aku minati sejak dahulu, ya, BALUN memberi peluang untuk aku belajar berlakun, beraksi di hadapan Camera  dengan tunjuk ajar abang abang otai kita,  sebulan berada di Taiping serius rasa berat hati meninggalkan Taiping, sebak di hati sedikit terasa, makan, minum, training, borak, layan bola, futsal, bbq, hang out, shopping, sentiasa bersama sama,  terima kasih kepada semua, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, disini kali pertama aku bersua muka dengan idola aku dari kecik baba Zambri (Zambri Osman) ('',) 
Tak lupa Abg Bob Singah & Abg Zul org penting yg bawa aku ke set BALUN, Abg Namron, Abg Beto, Abg Eizlan, Abg Wan Raja, Abg Saiful, Abg Akmal, Abg Faiz thanks untuk lakonan dan fighting scene on camera ('',) brothers ku Ken,Che Din, Chaoi, x lupa Nadda, Abg Roy, K.meen, Baby, Izara, Reen gemok, , Ratu2 ku Bella, Ayu, Jo an ('',),Abg Afendi, Abg Emy, Abg Henzi, Production Team, Abg Yank, Abg Lokman, Abg Wandi, Rauf, Sue kecik, Mok Su, Kak Nana, Abg Fendi, Belon, Boy, Uncle Burn, Abg Juki, Vicky, Uncle Go Go, Devan, Abg Dayak, Owen , Aie, Abg Jazz Ibrahim, Abg Wan Photo, Andi jugak, xde Andi lapar aku wehhh ('',),  Geng Wardrobe Paiz n da geng semua,  X lupa Runner terbaik Qimie n Alip, PM abg Yui n Sab,  Pelakon n crew terbaik, i love u guys, n gonna miss u at all, 
see u next job guys.. ^^

3rd October 2012

MICROSOFT Prints - Ads Commercial.

Am so sorry SAM from Starhome Production foe being trouble on you, last minit i tolak job from you because of my schedule for BALUN film at Taiping has changed ;( , so sorry SAM, just sorry , hope can get work together with you for the next job, thanks foe everthings..

July 25 2012, DAMPAK is Wrap





May 2 2012 BLACKBERRY TVC

Mr Producer RICKY

MUA Farra
Daus, Aku, Arvind, Aidin, Aina


Tuesday, December 13, 2011 Selamat Keberangkatan Pulang Duli Yang Maha Mulia Tuanku~




Ampun Tuanku... Selamat Keberangkatan Pulang Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Sultanah Nur Zahirah ke Tanah Air...TERENGGANU DARUL IMAN... Allah memberi rahmat kpd Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-14~

DAULAT TUANKU~

Pesan Orang Tua




Pesan orang tua tua....
Kata orang-orang tua, eh bukan, kata orang tua-tua begini begitu:


  1. -Anak dara jangan duduk di tangga, nanti lambat kahwin
  2. -Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
  3. -Tidak elok kena penyapu pada kaki
  4. -Tidak elok buang nasi, nanti nasi menangis
  5. -Jangan biar pinggan kering selepas makan (basahkan sedikit dengan air), nanti rezeki tidak murah
  6. -Jangan biar tangan kering selepas makan (basuh cepat-cepat), nanti ibu mertua tidak suka
  7. -Anak jangan meniarap dan mengangkat kaki ke atas, nanti ibu pendek umur



  1. Tangga tempat orang lalu-lalang, janganlah halang lalu-lintas.
  2. Rumah orang dulu-dulu papan, kalau mengumpat di dapur jiran sebelah mungkin boleh dengar. Apatah lagi memekak, mengganggulah! (Kalau suara sedap mungkin jiran tak kisah). Malah, kurang sopan juga. (Air liur juga mungkin masuk dalam masakan!)
  3. Penyapu gunanya menyapu sampah. Sampah itu kotor. Terkena kaki? Kotorlah kaki!
  4. Tidak baik membazir. Makan nasi sampai habis!
  5. Susah mahu basuh pinggan kalau sudah kering. Bekas lauk-pauk atau nasi melekat-lekat. Perlu rendam sekejap.
  6. Sama seperti di atas, cuma bezanya yang kotor itu tangan.
  7. Tidak sopan duduk begitu. Lebih-lebih lagi anak dara dan di depan orang lain pula.

Inilah Melayu, ada sebabnya , ada tersiratnya sesuatu benda untuk mngelakkan daripada berlaku, kadang kadang melayu itu unik, melayu itu sopan, semua dijaga tatatertibnya...ini semua kerana menjaga nama melayu..yaa..itulah melayu..'Melayu ku yang Unik' , 'Melayu ku yang tersemat di hati'

Farrd Silent Killer ~



Industri Perfileman Malaysia Yang Kutindas



Ini adalah jiwa ku,
Ini adalah martabat ku,
Ini adalah maruah ku,
Ini adalah semangat ku,
Ini adalah bangsa ku,
Ini adalah warisan ku,
Iniadalah keturunan ku,
Ini adalah seni ku,
   Ini adalah sandaran ku,
   Ini adalah melayu ku,
   Ini adalah peribadi ku,


Anak melayu jangan sesekali melenyapkan warisan kita,
kelak ditindas dek budaya yang tidak menunjukkan apa itu melayu,
melayu kerana bahasanya, melayu kerana tuturnya, melayu kerana budi pekertinya,
melayu kerana kesopananya, bangkitlah melayu ,
bangkitlah wahai melayu..
jangan terlampau di momok 'Barang Selain Melayu'.

Mengapa kita ketinggalan jauh dari segi Filem, drama atau pementasan Seni Mmpertahankan diri khususnya silat, mengapa ? kenapa? perlu melenyapkan Filem aksi dan martial arts sperti drama PENDEKAR KUNDUR & KERIS HITAM BERSEPUH EMAS,
dan banyak lagi, dimana kita sebagai tanggungjawab anak melayu mewarisi warisan nenek moyang kita?
penggiat seni tanahair, berikan aku jawapan,
jangan terus dikhayal dan dimomok oleh 'Barang Selain Melayu'!!!!