Tuesday, October 16, 2012

Pesan Orang Tua




Pesan orang tua tua....
Kata orang-orang tua, eh bukan, kata orang tua-tua begini begitu:


  1. -Anak dara jangan duduk di tangga, nanti lambat kahwin
  2. -Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua
  3. -Tidak elok kena penyapu pada kaki
  4. -Tidak elok buang nasi, nanti nasi menangis
  5. -Jangan biar pinggan kering selepas makan (basahkan sedikit dengan air), nanti rezeki tidak murah
  6. -Jangan biar tangan kering selepas makan (basuh cepat-cepat), nanti ibu mertua tidak suka
  7. -Anak jangan meniarap dan mengangkat kaki ke atas, nanti ibu pendek umur



  1. Tangga tempat orang lalu-lalang, janganlah halang lalu-lintas.
  2. Rumah orang dulu-dulu papan, kalau mengumpat di dapur jiran sebelah mungkin boleh dengar. Apatah lagi memekak, mengganggulah! (Kalau suara sedap mungkin jiran tak kisah). Malah, kurang sopan juga. (Air liur juga mungkin masuk dalam masakan!)
  3. Penyapu gunanya menyapu sampah. Sampah itu kotor. Terkena kaki? Kotorlah kaki!
  4. Tidak baik membazir. Makan nasi sampai habis!
  5. Susah mahu basuh pinggan kalau sudah kering. Bekas lauk-pauk atau nasi melekat-lekat. Perlu rendam sekejap.
  6. Sama seperti di atas, cuma bezanya yang kotor itu tangan.
  7. Tidak sopan duduk begitu. Lebih-lebih lagi anak dara dan di depan orang lain pula.

Inilah Melayu, ada sebabnya , ada tersiratnya sesuatu benda untuk mngelakkan daripada berlaku, kadang kadang melayu itu unik, melayu itu sopan, semua dijaga tatatertibnya...ini semua kerana menjaga nama melayu..yaa..itulah melayu..'Melayu ku yang Unik' , 'Melayu ku yang tersemat di hati'

Farrd Silent Killer ~



No comments:

Post a Comment